Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menitikberatkan aspek stamina sebagai persediaan menghadapi kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England. Foto Bernama.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menitikberatkan aspek stamina sebagai persediaan menghadapi kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England.

Beliau berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

“Saya lakukan latihan tumpukan kepada daya tahan. Harap dua kejohanan ini (Masters Orleans, Seluruh England) saya dpt perform dengan baik.

“Waktu sesi latihan juga kita ada cuba strategi berbeza dan harap ia boleh boleh digunakan untuk dua kejohanan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini

Mengenai sasaran di dua kejohanan berkenaan, Pearly berkata beliau dan pasangan mempunyai sasaran tersendiri namun enggan mendedahkannya.

“Target sudah tentu ada cuma benda itu dalam hati kami sendiri dan kami akan buat yang terbaik.

“Sebagai pemain, siapa yang tidak mahu menang, jadi kami akan beri aksi yang terbaik supaya nanti di kemudian hari tidak menyesal,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan