Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid manakala 63 orang daripada 22 keluarga berada di dua PPS di Paitan. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang

ByBernama

KOTA KINABALU, 1 Mac: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan kekal 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid manakala 63 orang daripada 22 keluarga berada di dua PPS di Paitan.

“Sebanyak 14 kampung terjejas banjir, iaitu enam di Telupid dan lapan di Paitan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan