Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Feb: Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata penjawat awam boleh memilih untuk kekal dengan waktu bekerja sedia ada atau memendekkan waktu rehat selama 30 minit.

“Bagi penjawat awam yang memilih waktu bekerja fleksi opsyen B (pendekkan waktu rehat) mereka boleh balik 30 minit lebih awal, tetapi kerja mesti siap,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

“Penjawat awam boleh rujuk sama ada ketua bahagian mereka ataupun (ketua) jabatan, TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) atau KSU (Ketua Setiausaha) kementerian untuk penjelasan sekiranya mereka belum lagi mengisi borang tersebut ataupun memaklumkan pilihan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas usaha memastikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menerbitkan buku mengenai Pulau Layang-Layang.

“Ini satu terbitan yang positif yang mempunyai banyak hasil (kajian) yang semestinya selepas ini akan digunakan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Buku Pulau Layang-Layang: Malaysia’s Gem in the South China Sea mengandungi 11 bab yang meneroka aspek geopolitik, sosioekonomi dan sumber semula jadi Pulau Layang-Layang.

Buku itu mendokumentasikan usaha strategik dan sejarah Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan serta kepentingan alam sekitar, geologi dan ekologi pulau terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan