SONG, 3 SEPTEMBER : Ekoran banjir yang melanda, Pihak bomba dan Penyelamat Song membuat rondaan di Rumah Panjang Kulleh, Nanga Embuau, di sini.
Semasa rondaan dilakukan, didapati keadaan selamat dan terkawal untuk diduduki oleh penduduk yang mana keadaan paras air telah surut.
Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia hanya hujan renyai-renyai di kawasan tinjauan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan dari semasa ke semasa masih diteruskan.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral pula membuat rondaan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya dan meninjau kawasan yang kerap berlaku banjir dan banjir kilat dah keadaan dilaporkan selamat.