Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keselamatan terus menjadi keutamaan dalam penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025, dengan pelbagai langkah diambil bagi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas dadah kata Sharzede Datu Salleh Askor. Foto Adlina Rahman(TVS).

RWMF 2025: Keselamatan diperketat, festival bebas dadah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 28 Feb – Keselamatan terus menjadi keutamaan dalam penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025, dengan pelbagai langkah diambil bagi memastikan persekitaran selamat serta bebas dadah, kata Sharzede Datu Salleh Askor.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB) itu mendedahkan antara langkah keselamatan yang diambil termasuk penggunaan anjing pengesan (K9) bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke kawasan festival.

RWMF 2025: Keselamatan diperketat, festival bebas dadah | TVS

“Setiap individu yang memasuki festival akan melalui pemeriksaan oleh unit K9 bagi memastikan kawasan festival muzik itu bebas daripada dadah dan bahan terlarang.

“Selain itu, terdapat ramai anggota polis berada di lokasi untuk memantau keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa festival muzik di Sarawak bukan sekadar acara hiburan tetapi juga mesra keluarga, justeru aspek keselamatan diberikan perhatian penuh.

“Festival ini dianggap sebagai acara keluarga, jadi kami mahu memastikan ia selamat dan bebas daripada sebarang ancaman, termasuk dadah.

“Insya-Allah, dengan pendekatan ini, pengunjung boleh menikmati acara dalam suasana yang selamat,” katanya.

Selain itu, Sharzede memaklumkan bahawa kawalan keselamatan turut melibatkan kerjasama pihak polis serta pengambilan khidmat pengawal keselamatan swasta bagi meningkatkan lagi kawalan di kawasan festival.

Terdahulu, majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengerusi Sarawak Tourism Board (STB) Datuk Dennis Ngau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan