KUCHING, 28 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia 2024 pada Forum Perniagaan dan Ekonomi ASEAN Sarawak (ASBEF) 2025 hari ini.
Anugerah tersebut memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang berwawasan, berdedikasi dan sumbangan luar biasa dalam memajukan ekonomi serta memperkukuh kedudukan Sarawak.
Selain itu, anugerah tersebut juga mengiktiraf komitmennya terhadap kelestarian, transformasi digital dan pertumbuhan inklusif yang menjadikan Sarawak sebagai model kemakmuran dalam ASEAN dan di seluruh dunia.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Forum Kepimpinan Muslim Dunia, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Mak Joon Nien.-TVS