Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat – PM Anwar

ByBernama

ALOR SETAR, 27 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.

Anwar berkata dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa RUU itu bakal menyebabkan hak dan tanah rizab Melayu dirampas adalah satu penipuan semata-mata.

“Kalau tanah itu tanah rizab Melayu, maka ia kekal rizab Melayu, kalau tanah itu kerajaan negeri kekal (milik) kerajaan negeri, kalau tanah itu milik strata perseorangan (maka ia) kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Kedah 2025 di sini hari ini.

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar berkata beliau tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam kediaman yang sempit dan usang, sebaliknya akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyediakan rumah yang lebih selesa dengan kemudahan yang lebih baik untuk rakyat.

“Tengok di Kuala Lumpur, Flat Seri Perlis, dibuat pada tahun 60-an, dah hampir 50 tahun dan usang…(hanya ada) satu bilik dan yang duduk di situ yang paling miskin. Saya Perdana Menteri, Menteri Kewangan, takkan nak biar macam tu? Nak bangunkan macam mana? Kenalah pinda undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak benar tentang perkara itu sehingga mengadakan perhimpunan bagi membantah RUU berkenaan.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Hafez Sabri dalam kenyataan berkata pihaknya merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi membantah RUU PSB yang bakal dibentangkan di Parlimen.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan