Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 394 orang daripada 118 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 262 orang daripada 81 keluarga 8 pagi tadi. Foto fail APM Telupid Page (FB)

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 394 orang malam ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 27 Feb: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 394 orang daripada 118 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 262 orang daripada 81 keluarga 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid hari ini, menjadikan lima PPS dibuka di daerah itu setakat ini yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

“Sebanyak 54 orang daripada 18 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan.

“Trend pemindahan mangsa di Telupid dan Paitan meningkat pada malam ini,” menurut kenyataan.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan