Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie pada Majlis Santai Bersama Media di Kuching, hari ini.

Tabung Baitulmal Sarawak perkenal aplikasi lapor golongan perlu bantuan

ByDouglas Elliot

KUCHIHG, 27 Feb: Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak (TBS) hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih bagi membolehkan orang ramai melaporkan atau mengenal pasti individu dalam kesusahan.

Menurut Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, aplikasi ini menjadi platform penting bagi menyalurkan bantuan dengan lebih cekap dan menyeluruh.

“Pendekatan moden dan digital amat penting dalam memperkasakan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Usaha digital ini bertujuan mengubah trend viral di media sosial kepada platform bantuan masyarakat yang lebih bermakna,” katanya pada Majlis Santai Bersama Media di sini, hari ini.

Antara lain, program itu bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini serta perancangan masa depan TBS bersama media.

Dalam masa sama, TBS turut memperkenalkan sajian sedia dimakan (MRE) yang direka khas untuk situasi kecemasan dan individu yang memerlukan.

Pada majlis sama, TBS turut berkongsi laporan agihan terkumpul TBS sepanjang 2023 dan 2024, selain perancangan bagi golongan asnaf dan komuniti tahfiz sepanjang bulan Ramadan.

Majlis santai bersama media berkenaan mengukuhkan komitmen TBS dalam memanfaatkan teknologi dan kerjasama media untuk mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat secara lebih berkesan dan prihatin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan