Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reuters, AP, Bloomberg beri amaran terhadap sekatan media ke Rumah Putih. Foto Envato

Reuters, AP, Bloomberg beri amaran terhadap sekatan media ke Rumah Putih

ByBernama

ISTANBUL, 27 Feb: Tiga agensi berita antarabangsa terkemuka Reuters, The Associated Press dan Bloomberg News mengeluarkan kenyataan bersama pada Rabu memberi amaran bahawa sebarang usaha mengehadkan perkhidmatan berita yang mempunyai akses ke Rumah Putih boleh menjejaskan prinsip kebebasan media dan kewartawanan bebas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Dalam demokrasi, adalah penting bagi orang awam untuk mendapat akses kepada berita mengenai kerajaan mereka melalui media yang bebas dan tidak berpihak.

“Kami percaya bahawa sebarang langkah kerajaan untuk mengehadkan bilangan perkhidmatan berita yang mempunyai akses kepada Presiden boleh mengancam prinsip itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menekankan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan berita dalam menyediakan maklumat yang “tepat, adil dan terkini” kepada audiens global, termasuk organisasi berita tempatan, perniagaan dan pasaran kewangan.

Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Rumah Putih pada Selasa bahawa ia akan megawal penggiliran wartawan yang membuat liputan acara presiden—peranan yang sebelum ini dikendalikan oleh Persatuan Wartawan Rumah Putih (WHCA).

Presiden WHCA, Eugene Daniels mengkritik langkah itu dengan menyifatkannya sebagai “merosakkan kebebasan media” dan membolehkan kerajaan memilih kumpulan media tertentu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan