Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota, dengan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan amalan rasuah. Foto Bernama

Peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia – PM

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 27 Feb: Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM35 juta bagi menyokong ekosistem wakaf Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk wakaf pendidikan dan pembentukan entiti Wakaf Nasional Berhad Malaysia.

“RM30 juta untuk wakaf Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan wakaf pendidikan yang diurus bersama oleh Yayasan Wakaf Malaysia.

“Bagi modal pembentukan entiti Wakaf Nasional Berhad pula, kerajaan menyalurkan RM5 juta. Peruntukan selebihnya boleh dimohon dalam belanjawan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar, dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, beberapa syarikat milik bangsa Melayu menyatakan kesediaan untuk mendukung kekuatan ekonomi wakaf Malaysia dengan memberi sumbangan kepada badan wakaf negara.

Anwar menjelaskan, kerajaan sedang memperincikan beberapa peraturan terlebih dahulu sebelum perjanjian bersama syarikat swasta itu dimeterai.

“Beberapa syarikat tokoh besar Melayu bersetuju untuk mendukung kekuatan ekonomi wakaf Malaysia.

“Kita sedang memperincikan beberapa peraturan termasuk syarat-syarat yang mereka mahu masukkan dalam badan wakaf ini.

“Kemudian, saya akan pastikan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menyelaraskannya dengan baik,” katanya.

Anwar menambah, Malaysia perlu belajar daripada beberapa syarikat di negara Barat yang menyumbang 70 hingga 80 peratus pendapatan mereka kepada negara masing-masing setelah meraih keuntungan puluhan bilion saban tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan