Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 87 orang daripada 23 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid akibat banjir setakat 8 malam ini. Foto APM Telupid Page (FB)

Banjir: 87 mangsa dipindahkan di Telupid

ByBernama

KOTA KINABALU, 26 Feb: Sebanyak 87 orang daripada 23 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid akibat banjir setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 67 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Rancangan Nagoh, manakala 20 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Maau.

“Dua lagi PPS iaitu Dewan Kampung Bambangan dan Masjid Lama Kampung Gana Jati dalam proses pendaftaran mangsa,” menurut kenyataan itu.

Telupid ialah daerah di pedalaman Sabah yang terletak lebih 200 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan