Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bedah siasat terhadap mayat penyanyi sambilan disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim di sini Ahad lepas, menemukan 14 luka tikaman dan mengenal pasti punca kematian wanita itu. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh – Polis

ByBernama

MELAKA, 26 Feb: Bedah siasat terhadap mayat penyanyi sambilan disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim di sini Ahad lepas, menemukan 14 luka tikaman dan mengenal pasti punca kematian wanita itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

“Pakar mengesahkan si mati mengalami 14 luka tikam, iaitu tiga pada bahagian muka, lima pada bahagian dada, lima di lengan bawah kiri dan tangan kiri serta satu luka pada kaki betis kanan.

“Terdapat juga kesan luka hiris pada bahagian dada dan tangan kiri si mati dan kesan lebam di bahagian dahi kiri semasa pemeriksaan luaran pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata pemeriksaan dalaman terhadap mayat mangsa mendapati “kecederaan fatal”, iaitu satu luka tikaman di dada kiri yang menembusi “aorta interkostal” kedua dan menembusi sehingga aorta menaik.

“Ia menyebabkan pendarahan dan pengumpulan darah di dalam kantung jantung sehingga mengakibatkan kematian dan hasil bedah siasat juga mengesahkan punca kematian si mati disebabkan luka tikaman pada aorta.

“Pakar perubatan forensik juga mengesahkan mangsa meninggal dunia lebih 24 jam dari waktu bedah siasat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam di dalam bilik sebuah rumah teres di Taman Seri Mangga pada Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan