Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam Pham Minh Chinh dalam pertemuan rasmi di Hanoi, Vietnam. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama sektor tenaga di Vietnam

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petrovietnam akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas serta tenaga boleh baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat minyak kedua-dua negara itu sedang giat melaksanakan kerjasama dalam penjanaan dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu.

“Inisiatif ini selari dengan aspirasi ASEAN Power Grid (APG) yang bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga di rantau ASEAN melalui integrasi infrastruktur tenaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Anwar sedang dalam lawatan kerja selama dua hari di Vietnam bermula Selasa dan telah mengadakan pertemuan serta perbincangan bersama rakan sejawatnya, Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam Pham Minh Chinh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia kekal komited untuk melabur dalam tenaga hijau termasuk bagi projek tenaga berasaskan angin di selatan Vietnam, selain inisiatif kerjasama Gentari dan Petrovietnam.

“Ia adalah cerminan langkah strategik untuk memperkukuh keselamatan tenaga serantau dan memastikan peralihan yang lebih lestari,” katanya.

Sementara itu, mengenai hal ehwal keselamatan Laut China Selatan, Anwar menjelaskan Malaysia tetap bertegas dalam memastikan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, dan mempercepat rundingan mengenai Kod Tata Laku (COC).

Jelasnya, ini adalah bagi mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan.

“Malaysia percaya bahawa hubungan yang kukuh antara negara serantau adalah kunci kepada kestabilan dan kemakmuran bersama.

“Kita tidak boleh sekadar melihat ke belakang, tetapi perlu melangkah ke hadapan dengan strategi perencanaan yang jelas dan tindakan yang memberi dampak positif yang nyata kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan