Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini

ByBernama

SHAH ALAM, 26 Feb: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim juga dilaporkan mengesahkan suspek memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan