Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berkenaan satu video tular di media sosial membabitkan kejadian ragut di kawasan sekitar Simpang Pulai semalam. Foto Bernama

Polis kesan lelaki ragut, pukul warga emas

ByBernama

IPOH, 26 Feb: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berkenaan satu video tular di media sosial membabitkan kejadian ragut di kawasan sekitar Simpang Pulai semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata laporan kejadian itu diterima kira-kira 1.35 tengah hari daripada mangsa yang merupakan warga emas berusia 62 tahun.

“Kejadian itu berlaku sekitar 9.40 pagi apabila mangsa dipukul dan gelang emas pada tangannya diragut oleh suspek yang menaiki motosikal Yamaha EZ115.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan