Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azalina ketika penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan di sini hari ini.Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kerajaan mulakan pindaan undang-undang komersial dan jenayah lapuk

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada kajian semula ke atas undang-undang komersial dan jenayah tahun ini bagi mengkaji semula peruntukan yang sudah lapuk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, di bawah undang-undang komersial, kajian akan membabitkan Akta Kontrak 1950.

Bagi ndang-undang jenayah pula jelas beliau kajian akan membabitkan Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950.

“Sebahagian besar isi kandungan di dalam akta kontrak (Akta 136) menggunakan istilah-istilah lama serta berteraskan prinsip undang-undang yang sudah tidak relevan dengan keperluan zaman moden.

“ Ini mengakibatkan banyak peruntukan di bawah Akta 136 tidak mampu menangani isu kompleks dalam transaksi terutamanya transaksi e-dagang dan perjanjian berbentuk digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, Azalina berkata, Jawatankuasa Semakan dan Kajian Akta Kontrak 1950 ditubuhkan pada 14 Januari 2025 dan diberi tempoh 18 bulan untuk melaksanakan kajan dan semakan terhadap akta berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat 511 seksyen di bawah kanun keseksaan, 167 seksyen di bawah Akta Keterangan dan 444 seksyen di bawah Kanun Tatacara jenayah perlu dikaji semula.

“ Beberapa pula mungkin dilihat masih relevan dan dengan kemajuan teknologi serva perkembangan dunia digital, elemen jenayah ini lebih canggih yang menyebabkan proses pembuktian juga memerlukan kecanggihan.

“ Itu sebabnya undang-undang yang akan digubal perlu menggunakan bahasa mudah yang difahami rakyat,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan