Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

Dua warga Kemboja ditahan disyaki melombong emas secara haram

ByBernama

KUANTAN, 25 Feb: Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 52 dan 33 tahun terbabit ditahan sekitar 12 tengah hari menerusi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah dan beberapa peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah yang mengandungi partikel emas kesemuanya bernilai RM96,000 turut ditemukan dan dirampas dalam operasi itu.

“Suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan selanjutnya,” menurut hantaran itu.

PGA Briged Tenggara memaklumkan kes disiasat mengikut Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pelombongan haram daripada terus berleluasa di dalam negara,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan