Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri–Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (tengah) bersama Presiden PEKEMA Sarawak, Dato’ Ismail Abang Saufi bergamabr bersama murid sempena program 'Back to School' di SK Encik Buyong, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

PEKEMA Sarawak ringankan beban murid menerusi program ‘Back To School’

ByVanessa Enjop

KUCHING, 25 Feb: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak meneruskan usaha murni membantu golongan memerlukan menerusi Program ‘Back to School’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong dan SK Samariang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri–Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, melalui program itu seramai 200 murid dari kedua-dua sekolah menerima sumbangan berupa beg sekolah, kotak pensil, dan peralatan pembelajaran sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan baharu.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sekadar bantuan semata-mata tetapi juga suntikan semangat buat murid-murid.

“Program “Back to School” ini amat baik kerana ia memberi sokongan kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan dengan menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Dengan adanya bantuan seperti beg sekolah baharu, kotak pensil, dan peralatan lain, ia dapat memberikan semangat dan kegembiraan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah,” katanya ketika berucap di Program Back To School PEKEMA di SK Encik Buyong di sini, hari ini.

Beliau turut memuji kesungguhan PEKEMA Sarawak yang konsisten melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di pelbagai peringkat, termasuk di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

“Program ini sangat bermakna kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab CSR PEKEMA Sarawak dalam usaha memberi kembali kepada masyarakat, khususnya kepada anak-anak yang memerlukan bantuan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden PEKEMA Sarawak, Dato’ Ismail Abang Saufi berkata, program itu sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya untuk menyokong bidang pendidikan sebagai asas membentuk masa depan cemerlang.

“Matlamat kami adalah untuk menyebarkan kebahagiaan dan memberikan bantuan yang boleh membantu mencorak masa depan anak-anak kita.

“Melalui program ini juga, ia bukan sahaja meringankan beban keluarga tetapi turut menunjukkan betapa pentingnya pendidikan dalam membentuk masa depan generasi muda,” ujarnya.

Tambahnya, PEKEMA Sarawak akan terus memperluas inisiatif seperti ini ke lebih banyak sekolah di luar bandar bagi memastikan tiada murid tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.

Program yang berlangsung penuh meriah ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Encik Buyong, Rosnah Posa, Guru Besar SK Semariang, Norman Suhaili, barisan Exco dan AJK PEKEMA Sarawak, serta wakil komuniti tempatan yang menyambut baik inisiatif tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan