Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merasmikan Taska Di Tempat Kerja Sedidik Baitul Makmur Dua di Bangunan Baitul Makmur Dua, Kuching, hari ini. Foto TVS

Subsidi taska dan geran khas sokong pendidikan awal kanak-kanak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 25 Feb: Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan ibu bapa mendapat sokongan yang mencukupi dalam aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak termasuk melalui pemberian subsidi taska serta geran khas untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan awal berkualiti.

“Kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah bagi membiayai yuran taska dan tadika swasta.

“Pada tahun 2023, sebanyak 2,634 kanak-kanak menerima manfaat daripada subsidi ini, dan jumlah ini meningkat kepada 3,107 kanak-kanak pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Taska Di Tempat Kerja (TTK) Sedidik Baitul Makmur Dua di Bangunan Baitul Makmur Dua, di sini, hari ini.

Taska ini dirasmikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam pada itu, kerajaan turut menyediakan geran khas bernilai RM5,000 secara sekali bayar kepada institusi pendidikan awal kanak-kanak, termasuk taska dan tadika, bagi memastikan kualiti pendidikan dan persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

“Sebagai kerajaan yang prihatin terhadap kesejahteraan keluarga, kami ingin memastikan para ibu bapa, terutamanya golongan wanita, tidak perlu memilih antara kerjaya dan keluarga.

“Dengan adanya taska berkualiti di tempat kerja serta subsidi yang disediakan, mereka boleh terus bekerja tanpa perlu bimbang tentang penjagaan anak-anak mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan