Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayi lelaki ditemui dalam beg plastik

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini hari ini. 

Seorang bayi lelaki yang masih hidup dijumpai di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail.
kredit gambar BERNAMA

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata bayi cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan pada pukul 9.15 pagi dalam keadaan dibaluti sehelai kain.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bayi lelaki itu agar menghubungi Hotline Polis Brickfields dengan menelefon 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu Basri berkata polis akan mengedar lakaran wajah lelaki yang disyaki terlibat kes samun motosikal di Jalan Kuching, di sini yang menyebabkan tangan seorang remaja Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, terpaksa dipotong berikutan kecederaan parah akibat kejadian itu.

“Lakaran wajah suspek diperoleh berdasarkan keterangan kedua-dua mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai pada sidang media selepas pelupusan barang kes di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini. 

Beh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul dengan menelefon 03-404822066 atau hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

Dalam kejadian 26 Ogos, Siti Nur Azizah bersama rakannya yang sedang menunggang motosikal diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal pada pukul 12.01 tengah malam.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan