Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 tengah hari ini.

Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Hulu Perak.

Kawasan lain turut tersenarai ialah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; dan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin di Pahang.

Keadan cuaca sama diramal berlaku di Johor meliputi Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, di Sarawak kawasan terlibat Kuching, Serian dan Samarahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan