Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di Kampung Melayu Beluru, Bakong, Miri yang musnah dalam kebakaran pada malam Isnin. Foto JBPM

Lelaki melecur cuba padam kebakaran rumahnya di Kampung Melayu Beluru

MIRI, 25 Feb: Seorang lelaki melecur di bahagian tangannya dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Melayu Beluru, Bakong di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Sahari Sahat, 54, pemilik rumah berkenaan, cedera ketika cuba memadamkan kebakaran.

Mangsa yang cedera dihantar penduduk kampung ke klinik berdekatan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rumah berkenaan dihuni Sahari dan isterinya.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.20 malam dan menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

Jarak balai dan lokasi kejadian adalah 61 kilometer.

“Setelah kerja-kerja overhaul selesai dijalankan dan memastikan tiada lagi punca-punca api, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan