Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Foto hiasan Envato

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

“Individu berkenaan gagal hadir pada sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah terbabit pada 24 Feb 2025. Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan menerusi laman aplikasi Facebook miliknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan