Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis. Foto fail Bernama

ACC 2025: Muhammad Fadhil tekad bangkit acara keirin esok

ByBernama

NILAI, 24 Feb: Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis tekad untuk bangkit pada perlumbaan keirin esok, selepas aksi kurang memberangsangkan dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 hari ini.

“Fokus saya adalah untuk melepasi peringkat separuh akhir, sebelum cuba layak ke final,” katanya pelumba berusia 27 tahun itu.

Pada edisi lepas di New Delhi, India, Muhammad Fadhil terpaksa menarik diri apabila mengalami jangkitan virus, manakala pada edisi 2023, beliau mencipta sejarah meraih emas acara 1km ujian masa yang pertama dalam kariernya dengan catatan 1 minit 00.559 saat (s).

Terdahulu, pada aksi di Velodrom Nasional di sini hari ini, Muhammad Fadhil terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keempat selepas melakukan 1:00.895s.

Pingat emas dimenangi pelumba Jepun, Ryuto Ichida dengan catatan 1:00.057s, diikuti Liu Qi dari China (1:00.164s) untuk perak manakala gangsa milik Kirill Kurdidi dari Kazakhstan (1:00666s).

“Saya sudah berikan 100 peratus, cuma hari ini saya tewas kepada pelumba yang lebih baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan