Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pekerja warga asing maut manakala dua lagi pekerja cedera akibat melecur dalam kejadian kebakaran bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini hari ini. Foto JBPM

Dua pekerja warga asing maut dalam kebakaran bilik transformer

ByBernama

MELAKA, 24 Feb: Dua pekerja warga asing maut manakala dua lagi pekerja cedera akibat melecur dalam kejadian kebakaran bilik transformer sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Roslan Manas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi tadi dan operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Cheng.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan 40 peratus bilik transformer berkeluasan 20×50 kaki persegi di bahagian atas bangunan dua tingkat itu.

“Kejadian membabitkan empat mangsa termasuk dua lelaki dipercayai warga Bangladesh yang maut akibat terperangkap. Dua lagi pekerja berumur 30-an melecur, dan telah berjaya dibawa keluar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Khairul Nizam Mohamad pada petang ini, mengesahkan mangsa yang maut merupakan masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengeluarkan mangsa yang rentung dari bilik transformer itu kerana ruang sempit dan risiko arus elektrik.

“Bomba perlu memastikan bilik berkenaan benar-benar selamat daripada arus elektrik sebelum dapat memasuki bilik tersebut dan identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa merupakan pekerja kontraktor pelupusan bagi mengeluarkan sisa kilang yang telah ditutup awal bulan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan