Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media tentang pembasmian miskin tegar di Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching, hari ini.

Kerajaan Sarawak terus beri tumpuan basmi kemiskinan

BySuara Sarawak

KUCHING, 24 Feb: Kerajaan Sarawak memandang serius usaha untuk membasmi kadar kemiskinan di negeri ini, dengan terus memberi tumpuan kepada ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata perkara tersebut penting susulan kejayaan negeri ini mencapai sasaran sifar miskin tegar pada tahun lalu.

Menurutnya, ia juga dicapai menerusi kerjasama serta pendekatan erat dan holistik antara pemimpin akar umbi, seperti ketua masyarakat dan ketua kaum, dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Jelasnya, dengan mekanisme dan verifikasi yang dijalankan di lapangan, sebanyak 30,346 KIR ini telah terkeluar daripada status miskin tegar hingga tahun lalu.

“Justeru, kita juga percaya akan dapat menumpukan perhatian dengan usaha pemutihan KIR kategori miskin pula selepas ini menerusi pendekatan yang sama.

“Kerana dari segi pembangunan makro yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Sarawak dan inisiatif yang dilaksanakan, ia telah memberi impak positif kepada rakyat serta membantu mereka keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pembasmian miskin tegar di Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam merealisasikan usaha tersebut, Sarawak juga sedang mengkaji jumlah KIR dalam kategori miskin berdasarkan maklumat daripada sistem eKasih.

“Ini kerana eKasih adalah data untuk nasional.

“Kita di Sarawak ini lain sedikit, dan usaha tersebut penting untuk memastikan maklumat yang diperoleh itu tepat.

“Ini adalah proses verifikasi dan pemutihan perlu dijalankan supaya mereka yang benar-benar layak dapat menerima bantuan sewajarnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah memberitahu KIR dalam kategori miskin juga boleh mendapatkan pelbagai bantuan, termasuk pemadanan pekerjaan (job matching), dari segi kewangan, dan banyak lagi.

“Manakala, jika ahli keluarga yang masih produktif atau masih boleh bekerja, mereka akan dibantu mendapatkan pekerjaan atau menyertai program latihan di institusi kemahiran.

“Perkara sedemikian juga penting untuk membantu golongan miskin ini meningkatkan pendapatan isi rumah,” tegasnya.

Lebih 50,000 individu di negeri ini menerima bantuan bulanan daripada JKM, yang merangkumi warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan