KUALA LUMPUR, 24 Feb: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan seorang Koperal ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan kes kecurian melibatkan kerugian RM300,000.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua- dua yang ditahan itu berumur 44 tahun dan 34 tahun.
“Mereka telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah yang dipohon semalam dan telah dibenarkan selama satu hari,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.- TVS.