Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain boling kebangsaan Muhammad Hafiz Zainuddin meraih gelaran antarabangsa pertamanya tahun ini selepas menjuarai kategori terbuka pada Kejohanan Boling Antarabangsa Dubai 2025 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Foto Bowling Malaysia (FB)

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Pemain boling kebangsaan Muhammad Hafiz Zainuddin meraih gelaran antarabangsa pertamanya tahun ini selepas menjuarai kategori terbuka pada Kejohanan Boling Antarabangsa Dubai 2025 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Dia berjaya mengetepikan cabaran pemain Bahrain Ahmed Al Mahri yang melakukan 1,731 jatuhan pin, dan pemain tuan rumah Hassan Al Zaabi di tempat ketiga dengan 1,729 jatuhan pin, manakala seorang lagi wakil negara Muhammad Syazirol Shamsudin di tempat kelima (1,722 jatuhan pin).

“Kedua-dua pemain ini bertanding menggunakan perbelanjaan sendiri dan hanya dua pemain negara ini menyertai kejohanan di Dubai.

“Tiga lagi pemain negara Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Mohd Fishol dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam sedang membuat persiapan rapi untuk menyertai Timmy Tan pada siri Jelajah Persatuan Pemain Boling Profesional (PBA),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan ketiga-tiga pemain berkenaan akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 27 Feb, dan mereka berada di Amerika Syarikat selama sebulan untuk menyertai kejohanan Siri Boling Dunia (WSOB) di Reno, Amerika Syarikat.

“Seorang lagi atlet remaja negara Airel Amri Suhaimi turut bertanding pada WSOB,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan