Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan bangunan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur, Kuching, hari ini. Foto TVS

Lelaki maut dihempap runtuhan bangunan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui

BySafri Ali

KUCHING, 24 Feb: Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan bangunan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.08 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat seorang mangsa dihempap runtuhan bangunan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan dari runtuhan dan menunggu ketibaan pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita lanjut menyusul-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan