Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan. Foto Mohamad Fauzi Jaini (TVS)

Kejohanan Bola Sepak Liga Miri platform gilap potensi pemain berbakat

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 24 Feb: Penganjuran Kejohanan Bola Sepak Liga Miri 2025 dilihat sebagai platform yang sesuai bagi menggilap potensi pemain berbakat dalam sukan tersebut.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, ia antara lain bertujuan untuk mencari pelapis baharu dalam arena bola sepak yang akan mewakili Miri, Sarawak dan seterusnya Malaysia.

“Antara objektif penganjuran adalah untuk mempromosikan minat permainan bola sepak di kalangan masyarakat dan golongan belia dalam kumpulan umur 20 hingga 30-an dan selain itu sudah tentu untuk mencungkil bakat, itu sangat penting sekarang untuk menggalakkan lebih banyak persaingan.

“Jadi yang paling penting ialah persaudaraan dan persahabatan antara semua pemain, supaya mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik semasa beraksi di padang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Miri 2025 di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Pasukan Kotaras City FC, Sylisvester Banyah Jandan, meskipun berjaya mengalahkan pihak lawan, namun beliau mengakui kekuatan aksi yang dipamerkan pemain-pemain Upai Semaring.

Pengurus Pasukan Kotaras City FC, Sylisvester Banyah Jandan.

“Selepas ini, Kotaras City FC merancang untuk menyertai Liga Bintulu tetapi kita lihat keadaan dahulu, belum pasti lagi.

“Latihan tetap diteruskan dan dijalankan kerana kami bukan hanya menjalani latihan intensif tetapi  terlibat dengan latihan akademi juga,” katanya kepada TVS selepas perlawanan.

Pengurus Pasukan Upai Semaring FC, Andy Kaso pula sangat berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya meskipun terpaksa akur dengan keputusan perlawanan.

Pengurus Pasukan Upai Semaring FC, Andy Kaso

“Kita merancang permainan hari ini dengan baik dan teratur. Pemain-pemain dapat memberikan sesuatu yang baik dalam perlawanan akhir, mengikut perancangan yang telah kita lakukan.

“Selepas ini, kita akan fokuskan untuk memperbaiki kelemahan di setiap posisi seperti mana yang kita nampak pada perlawanan hari ini,” ujarnya.

Perlawanan akhir tersebut menyaksikan Kotaras City FC mengikat pihak lawan, Upai Semaring FC dengan jaringan 2-0. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan