SHAH ALAM,24 Feb: Dua individu ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan penonton acara seni mempertahankankan diri di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya kini masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu yang tercetus ketika acara F3 Strike Combat Tournament 2025.
Menerusi video berdurasi lebih seminit yang tular, sekumpulan penonton dilihat saling melakukan provokasi dan membaling kerusi plastik sesama sendiri.
Berita lanjut menyusul. -TVS