Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyertai lebih 4,000 peserta pada Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025 yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan autisme. Foto Fadillah Yusof (FB)

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyertai lebih 4,000 peserta pada Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025 yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan autisme.

Larian anjuran Pertubuhan Amal dan Dakwah Anak Istimewa dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu bermula di Dataran DBKL dan turut disertai anak-anak autisme.

Bercakap kepada pemberita sebelum melepaskan peserta larian itu, Fadillah berkata penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.

“Menerusi program seperti ini, diharapkan lebih ramai anggota masyarakat sedar bahawa anak-anak autisme ini sebenarnya mempunyai keistimewaan mereka sendiri.

“Diharap masyarakat berikan bantuan dan sokongan, ia tidak semestinya dalam bentuk wang, tetapi sokongan moral seperti penyertaan program seperti ini,” katanya.

Salah seorang peserta, Azira Hashim berkata beliau teruja menyertai larian itu sebagai tanda sokongan kepada anak lelakinya berusia lapan tahun yang menghidap autisme.

“Sebenarnya anak-anak autisme ini memang perlukan aktiviti luar seperti ini sebab ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi mereka seperti tidak boleh mendengar bunyi yang kuat, tidak boleh bergaul dan sebagainya.

“Alhamdulillah, dengan penyertaan pelbagai program, anak saya sekarang sudah tiada masalah dengan bunyi kuat dan tidak lagi memerlukan noise canceling, sudah boleh bergaul dan berkongsi permainan…kita perlukan sokongan masyarakat dan kerajaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan