Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian lebih kurang 10.55 malam itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Pekan cuba memotong sebuah kenderaan, namun gagal memasuki laluannya semula sehingga terlanggar bahagian depan sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah bertentangan. Foto JBPM Kelantan

Remaja maut, motosikal terbakar akibat bertembung kereta – Polis

ByBernama

KOTA BHARU, 22 Feb: Seorang remaja lelaki 17 tahun maut dalam satu kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya terbakar selepas dipercayai bertembung dengan sebuah kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian lebih kurang 10.55 malam itu, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Pekan cuba memotong sebuah kenderaan, namun gagal memasuki laluannya semula sehingga terlanggar bahagian depan sebuah kereta jenis Perodua Viva dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat, manakala seorang pemandu kereta yang mengalami kecederaan di bahagian tangan telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kemalangan itu, diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Trafik Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-7752315. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan