Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kamri Abdul Raup dan Rozaini Deli ketika ditemui TVS pada Hari Terbuka Maritim, Negeri Sarawak: Dua Dekad Maritim Malaysia Perisai Samudera Negara di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching, hari ini. Foto TVS

Peluang lihat aset APMM secara lebih dekat

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 22 Feb: Hari Terbuka Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ternyata menjadi platform penting untuk masyarakat melihat secara lebih dekat aset yang digunakan dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Salah seorang pengunjung, Kamri Abdul Raup,65, ternyata teruja kerana dapat menghadiri hari terbuka tersebut bersama-sama keluarga.

“Sebenarnya saya ingin melihat aset-aset yang dimiliki APMM dan pada hari ini diberi peluang untuk membawa keluarga serta cucu saya untuk melihat secara lebih dekat,” katanya ketika ditemui TVS pada Hari Terbuka Maritim Negeri Sarawak: Dua Dekad Maritim Malaysia Perisai Samudera Negara di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching, hari ini.

Menurutnya, APMM memainkan peranan penting untuk menjaga kepentingan Malaysia di perairan antarabangsa selain menyediakan peluang kerjaya terbaik kepada generasi muda.

“Keselamatan negara adalah perkara utama. Saya sendiri semasa bekerja sebelum ini turut terlibat dalam bidang keselamatan. Oleh itu, anak-anak muda seharusnya lebih menitikberatkan soal keselamatan negara agar negara kita terus terjaga dan merdeka,” ujarnya.

Sementera itu, Rozaini Deli, 60, turut berkongsi keterujaannya terhadap APMM terutama sekali kerana minatnya terhadap pakaian seragam sejak kecil.

“Dari dulu, sejak zaman sekolah, saya memang berminat dengan pakaian seragam. Sekarang anak saya menyertai pasukan simpanan APMM dan pada hari ini mereka dipanggil untuk membuat lawatan. Sebagai ibu, saya sendiri datang menghantar anak,” jelasnya.

Rozaini berharap anaknya dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam APMM dan menjadi seorang yang berdisiplin demi masa depan diri serta negara.

Menurutnya, penganjuran hari terbuka tersebut sangat penting dalam memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peluang yang ada dalam APMM serta dapat membantu anak muda menambah minat mereka terhadap kerjaya pasukan beruniform.

“Acara macam ini membuka minda ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menyertai pasukan beruniform. Apabila mereka masuk ke dalam kapal dan melihat sendiri suasana dalam APMM, mereka boleh menambah minat yang lebih mendalam,” kata Rozaini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan