Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown, lapor Sputnik/RIA Novosti. Foto fail AFP

Pengerusi Ketua Turus bersama AS ditamatkan perkhidmatan

ByBernama

WASHINGTON, 22 Feb: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeneral Charles ‘CQ’ Brown atas atas perkhidmatannya selama lebih 40 tahun kepada negara kita, termasuk sebagai Pengerusi Ketua Staf Bersama kami sekarang.

“Beliau seorang yang berbudi pekerti dan pemimpin yang cemerlang, dan saya mendoakan masa depan yang baik untuk beliau dan keluarganya,” tulis Trump di Truth Social.

Beliau turut mengumumkan pencalonan Leftenan Jeneral Tentera Udara, Dan “Razin” Caine, sebagai pengganti Brown untuk jawatan itu.

Pencalonan itu perlu mendapat kelulusan Senat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan