JAKARTA, 22 Feb: Seramai 46 rakyat Indonesia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia selamat pulang ke tanah air dari Myanmar, menurut Kementerian Luar Indonesia pada Jumaat, lapor Xinhua.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Wilayah Banten, melalui dua penerbangan berasingan pada Khamis malam dan awal pagi Jumaat. Antara mereka ialah bekas anggota badan perundangan dari sebuah wilayah di Jawa Barat.
“Ini adalah hasil usaha berterusan Kerajaan Indonesia untuk membawa mereka pulang dari Myanmar,” kata Pengarah Perlindungan Warganegara kementerian itu, Judha Nugraha.
Beliau berkata mangsa berasal dari sembilan wilayah, termasuk Jakarta, Jawa Barat dan Sumatera Utara. – TVS