Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang mengingatkan para peniaga untuk menitikberatkan aspek kebersihan ketika aktiviti jual beli dijalankan. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Bazar Ramadan: Peniaga harus jaga kebersihan

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 21 Feb: Para peniaga di Bazar Ramadan diingatkan agar menjaga kebersihan serta mematuhi prosedur pengendalian makanan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang menekankan, ia bagi memastikan keselamatan para pembeli berada pada tahap terbaik serta tidak menimbulkan sebarang isu terutamanya yang melibatkan kebersihan makanan.

“Bagi pihak Majlis Bandaraya Miri, seperti biasa, kita ada senarai syarat yang perlu dipatuhi oleh vendor terutamanya dari segi pengendalian makanan dan kebersihan serta vaksinasi untuk penyakit tertentu.

“Ini bagi memastikan makanan yang dihidangkan atau yang dijual di bazar ini bersih dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi Media dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, terdapat dua lokasi Bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Miri pada tahun ini iaitu di tapak letak kereta Stadium Bandaraya Miri dan tapak letak kereta New World Mart.

Selain itu katanya, terdapat juga bazar-bazar lain yang beroperasi secara persendirian di beberapa lokasi sekitar bandar ini.

Para peniaga di bazar-bazar lain turut diingatkan untuk menjaga kebersihan produk jualan mereka bagi memastikan keselamatan para pembeli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan