Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abdul Rahman sokong pembayaran berperingkat Bantuan Khas COVID-19

KUCHING: Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) secara berperingkat.  

Pembayaran BKC akan bermula dengan Fasa 1 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.1 bilion.

Menerusi kenyataannya pada hari ini, Abdul Rahman berkata pembayaran berfasa dan bersasar kepada golongan miskin tegar, B40 dan M40 serta bujang ini menzahirkan komitmen Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kesukaran yang dialami akibat pandemic COVID-19.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga telah mengenalpasti sebanyak 189 kawasan Parlimen yang berada dalam kategori luar bandar dan sudah tentu sejumlah besar penerima bantuan ini datang dari kawasan-kawasan ini,” ujarnya.

Menurut Abdul Rahman lagi, pembayaran BKC ini menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia juga komited dalam usaha melaksanakan pakej-pakej bantuan seperti mana yang telah diumumkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Beliau menambah, bantuan yang disalurkan mencerminkan semangat Keluarga Malaysia, seterusnya memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan dalam melawan pandemik.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berharap semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban kewangan dan membantu menyara kehidupan penerima dan keluarga mereka.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan