Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 20 sistem Pengesah Strategik Teknologi Digital Nasional (Digital AgTech) yang diperkasakan dengan teknologi Internet Kebendaan (IoT) dilaksanakan di seluruh negeri Sarawak. Foto Kementerian Digital

Lebih 20 sistem Digital AgTech dilaksanakan di Sarawak

ByAkma Salleh

KAPIT, 21 Feb: Lebih 20 sistem Pengesah Strategik Teknologi Digital Nasional (Digital AgTech) yang diperkasakan dengan teknologi Internet Kebendaan (IoT) dilaksanakan di seluruh Sarawak.

Kementerian Digital dalam satu kenyataan memaklumkan, ia meliputi sub sektor pertanian termasuk tanaman dan akuakultur.

“Sehingga tahun 2024, lebih 600 sistem Digital AgTech dilaksanakan di seluruh negara dan 30,000 usahawan tani telah menerima latihan digitalisasi yang mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi Internet Kebendaan (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam operasi harian.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 sistem Digital AgTech yang diperkasakan dengan teknologi IoT telah dilaksanakan di seluruh negeri Sarawak meliputi sub-sektor pertanian, termasuk tanaman dan akuakultur.

Manakala pada tahun ini, lebih daripada lima sistem yang diperkasakan dengan bantuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk subsektor akuakultur bernilai RM150,000 akan dilaksanakan di Sarawak,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pertanian mampu meningkatkan produktiviti dan memberikan hasil lebih lumayan kepada usahawan tani pada masa hadapan.

Teknologi tersebut ujarnya bakal mengubah landskap bidang pertanian, perikanan dan penternakan melalui penggunaan teknologi baharu yang mampu mempercepatkan proses dalam industri berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan