Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semakan ke atas kayu-kayu balak tersebut juga telah dibuat dan didapati kesemuanya telah dicukai serta ukuran kayu juga didapati konsisten seperti yang terdapat dalam sistem REVLOG Jabatan. Foto Jabatan Hutan Sarawak

Jabatan Hutan Sarawak nafi balak dirampas PGA di Saratok sebagai balak haram

KUCHING, 21 Feb:  Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menafikan bahawa balak yang dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Saratok baru-baru ini adalah balak haram, sebaliknya ia diperolehi secara sah.

Unit Perundangan dan Khidmat Nasihat, JHS memaklumkan bahawa 84 batang balak yang dirampas semasa Op Taring Libas oleh PGA pada 19 Februari di pusat pengumpulan dan pengedaran mempunyai tanda tukul Jabatan Hutan dan tanda tukul hak milik yang sah.

“Pihak Jabatan Hutan Sarawak ingin menzahirkan penghargaan kepada semua agensi penguatkuasaan yang sama-sama membantu dalam membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rampasan itu disiarkan menerusi media-media di Sarawak susulan kenyataan media daripada PGA, semalam.

Menurut Jabatan Hutan Sarawak, berdasarkan siasatan dan pemeriksaan bersama oleh JHS serta pihak PGA pada 19 Februari mendapati ia bukan pembalakan haram tetapi kawasan berlesen yang sah.

Semakan ke atas kayu-kayu balak tersebut juga telah dibuat dan didapati kesemuanya telah dicukai serta ukuran kayu juga didapati konsisten seperti yang terdapat dalam sistem REVLOG Jabatan.

“Sehubungan itu, tiga lelaki tempatan berumur antara 34 dan 56 tahun yang ditangkap telah dilepaskan manakala kesemua kayu balak serta jentera telah diserahkan semula kepada pemilik lesen yang sah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan