Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil kucing bertuah dicuri dari restoran baharunya di London. Foto fail AFP

Ramsay dedah ratusan patung kucing bertuah dicuri dari restoran baharu

ByBernama

LONDON, 21 Feb: Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil kucing bertuah dicuri dari restoran baharunya di London.

Cef TV dan pemilik restoran berusia 58 tahun itu, yang terkenal dengan program realiti TV Hell’s Kitchen dan Ramsay’s Kitchen Nightmares, baru-baru ini melancarkan Lucky Cat 22 Bishopsgate oleh Gordon Ramsay – yang menampilkan model patung kucing Jepun yang melambai-lambai yang dipanggil maneki-neko.

Ramsay memberitahu rancangan The Jonathan Ross Show terbitan ITV yang dia mempunyai masalah dengan pasangan yang memasuki tandas bersama dan turut mendedahkan bahawa terdapat banyak kes kecurian.

Dia berkata: “Patung kecil kucing-kucing itu dicuri. Terdapat 477 yang dicuri minggu lepas – harganya £4.50 setiap satu.”

Jumlah ini bermakna kehilangan sejumlah £2,146.50 (US$2,719) dalam seminggu.

Polis Bandar Raya London bagaimanapun mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kecurian di restoran itu.

Tahun lepas, pub Ramsay di York & Albany berhampiran Regent’s Park, utara London, diceroboh dan dihuni setinggan buat seketika, sebelum mereka meninggalkannya.

The Jonathan Ross Show bersiaran pada Sabtu, 9.30 malam (2130 GMT) di saluran ITV1 dan ITVX. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan