Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program berkenaan yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Miri pada Rabu, menjadi platform bagi komuniti setempat untuk menyuarakan kebimbangan, membuat aduan dan memberikan maklum balas mengenai isu jenayah serta keselamatan dalam bidang kuasa lapangan terbang. Foto Polis Daerah Miri (FB)

Polis Miri dekati masyarakat melalui inisiatif ‘Talk To Us’

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 21 Feb: Inisiatif Talk To Us menjadi medium bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri mendidik masyarakat mengenai langkah keselamatan selain untuk lebih mendekati orang awam bagi mengetahui kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan di daerah ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri, program berkenaan yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Miri pada Rabu menjadi platform bagi komuniti setempat untuk menyuarakan kebimbangan, membuat aduan dan memberikan maklum balas mengenai isu jenayah dan keselamatan dalam bidang kuasa lapangan terbang.

Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pandangan keselamatan yang berharga dan mengukuhkan kerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Ramai penduduk memuji inisiatif itu dan mengakui peranannya dalam memupuk komunikasi antara polis dan orang ramai.

“Mereka juga menggalakkan penerusan program sedemikian untuk memastikan kesedaran dan kewaspadaan masyarakat berterusan akhirnya mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua orang,” menurut hantaran tersebut.

Program itu diketuai oleh Sarjan Julius Koh Richard Ngipa dibantu oleh Koperal Irwan Bahtiar, Koperal Abdul Hadi Abd Mubin, dan Lans Koperal Evilyn Johny.

Sementara itu, program serupa diadakan di Home Mart Sungai Rait semalam dikendalikan anggota Balai Polis Tanjong Lobang diketuai Sarjan Malina Kilat.

Rata-rata orang awam yang hadir memohon rondaan di kawasan kediaman mereka bagi meningkatkan kawalan keselamatan tempat tinggal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan