Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi tadi. Foto hiasan Envato

Warga emas meninggal dunia dalam tandas

ByBernama

IPOH, 21 Feb: Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato’ Rosli, dekat Trong pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Trong yang tiba di lokasi kejadian membantu menyelamat warga emas itu dengan menggunakan alat pemotong ‘bolt cutter’ dan pengumpil ‘crowbar’ bagi membuka pintu.

“Apabila pintu tandas berjaya dibuka, warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya pada 8.45 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan