Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak dan United Kingdom (UK) sedang berbincang mengenai usaha memperkukuh hubungan legislatif melibatkan kedua-dua pihak

Sarawak, UK bincang usaha perkukuh hubungan legislatif

ByFebbright James

KUCHING, 20 Feb: Sarawak dan United Kingdom (UK) sedang berbincang mengenai usaha memperkukuh hubungan legislatif melibatkan kedua-dua pihak.

Perkara tersebut dibincangkan menerusi kunjungan hormat Speaker of the House of Commons United Kingdom, Lindsay Hoyle kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di Bangunan DUN Sarawak pada Khamis.

Kunjungan hormat yang disusuli dengan jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Speaker DUN Sarawak itu diteruskan dengan lawatan ke Dewan Mesyuarat (Chamber) dan melihat keunikan reka bentuk Kompleks DUN Sarawak.

Hadir sama Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British David Wallace, Ketua Staf Pejabat Speaker UK Helen Wood, Timbalan Ketua Staf Pejabat Speaker UK David Clark, Pegawai Institusi dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Tinggi British Farah Nor dan Pegawai Perhubungan Kerajaan dan Protokol, Suruhanjaya Tinggi British Iman Hamdan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan