Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan. Foto Bernama

JPN, PBT perlu bekerjasama kawal selia jualan makanan di luar pagar sekolah

ByBernama

GEORGE TOWN, 20 Feb: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memberi peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memantau dan mengawal selia peraturan jualan makanan serta minuman di luar sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata peraturan itu termaktub dalam Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Edisi Kedua 2021).

“KPM menerusi JPN Pulau Pinang memantau rapat kejadian yang berlaku dan akan memastikan kesejahteraan murid serta keluarga terlibat diberi keutamaan.

“Walaupun penguatkuasaan terhadap penjaja dan peniaga di luar premis sekolah adalah di luar bidang kuasa KPM, kejadian seperti ini dan implikasinya terhadap keselamatan murid perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Azman juga mengingatkan JPN dan pihak sekolah untuk menghubungi PBT jika berlaku penjualan makan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah.

Beliau berkata KPM sentiasa berusaha memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara.

Semalam, media melaporkan pelajar tahun empat Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, kritikal di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang selepas tercekik gula-gula jenis gummy yang dibelinya di luar kawasan sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan