Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Konsert Nidji: Pelangi di Kuching 2025 di Plaza Merdeka, Kuching, hari ini. Foto TVS

Nidji hadiahkan konsert istimewa kepada peminat di Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 20 Feb: Konsert Nidji yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan pada 26 April ini mendapat sokongan Kerajaan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya sentiasa bersedia memberi sokongan kepada penganjur yang ingin mengadakan acara hiburan di wilayah ini.

Nidji Pelangi di Kuching 2025 | TVS

“Kementerian sentiasa komited dalam menyokong serta membantu penganjur dalam melaksanakan pelbagai program, termasuk festival muzik, konsert untuk golongan muda dan acara kebudayaan bagi warga emas. Kami akan sentiasa hadir untuk memberikan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Konsert Nidji: Pelangi di Kuching 2025 di Plaza Merdeka, Kuching, hari ini.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan, Kerajaan Sarawak menyediakan lokasi konsert di Stadium Perpaduan dengan kerjasama Kementerian, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

“Kali ini, mereka datang ke Kuching dan memohon sedikit sumbangan. Kami menyediakan tempat untuk mereka mengadakan konsert ini iaitu di Stadium Perpaduan yang berada di bawah kementerian saya serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut menghargai inisiatif penganjur muda dan berharap lebih banyak acara seperti itu dianjurkan pada masa hadapan termasuk dalam bidang muzik, filem, festival makanan dan lain-lain.

“Jika ada yang ingin menganjurkan acara seperti ini pada masa akan datang sama ada dalam bidang muzik, filem, festival makanan atau lain-lain, masih banyak perkara yang boleh dianjurkan dan anda sentiasa dialu-alukan untuk berhubung dengan kementerian.

“Saya tahu peminat Nidji bukan sahaja ramai di Sarawak tetapi juga di Indonesia. Ini adalah cara kita menunjukkan sokongan terhadap industri hiburan. Semoga konsert ini berjaya dan menjadi pengalaman bermakna untuk semua,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan