Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal". Foto fail AFP

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal “dalam sebulan atau lebih awal”

ByBernama

WASHINGTON, 20 Feb: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif “dalam tempoh sebulan atau lebih awal”.

“Saya akan mengumumkan tarif ke atas kereta, semikonduktor dan cip, farmaseutikal, ubat-ubatan dan kayu, serta beberapa barangan lain dalam tempoh sebulan atau lebih awal,” kata Trump seperti yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA) pada sidang kemuncak pelaburan asing di Miami.

Beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Sambil berucap kepada pelabur, Trump berkata beliau juga akan bekerjasama dengan Kongres Republikan untuk meluluskan “pemotongan cukai terbesar” dalam sejarah Amerika.

“Kami akan memotong cukai secara mendadak untuk keluarga, pekerja dan syarikat, termasuk tiada cukai ke atas tip dan diharapkan tiada cukai ke atas Keselamatan Sosial dan tiada cukai ke atas kerja lebih masa,” tambahnya.

Trump turut berkata beliau akan memotong cukai “secara besar-besaran” untuk semua pengeluar minyak dan gas domestik.

Beliau juga berjanji untuk segera mengisi Rizab Petroleum Strategik.

“Dunia bergantung pada tenaga kos rendah dan negara pengeluar tenaga seperti kami tidak perlu meminta maaf. Kami mempunyai lebih banyak tenaga berbanding mana-mana negara lain di dunia, dan kami akan menggunakannya,” katanya.

Pemimpin perniagaan “terbaik dan paling berjaya” di dunia kini berlumba-lumba untuk melabur di AS, katanya sambil menegaskan, “Saya komited untuk menjadikan Amerika sebagai pusat kripto.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan