Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto fail Bernama

Produktiviti buruh meningkat 1.4 peratus, suku keempat 2024

ByVanessa Enjop

PUTRAJAYA, 20 Feb: Produktiviti buruh per jam bekerja di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 peratus pada suku keempat 2024, mencatatkan RM44.2 setiap jam, menurut laporan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia Suku Keempat 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan ini didorong oleh perkembangan ekonomi yang kukuh, dengan KDNK berkembang 5.0 peratus berbanding 5.4 peratus pada suku ketiga 2024.

“Jumlah jam bekerja meningkat 3.5 peratus kepada 9.7 bilion jam, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jumlah pekerja meningkat 2.7 peratus kepada 16.8 juta orang, manakala produktiviti buruh per pekerja naik 2.2 peratus kepada RM25,647 seorang.

Bagi aspek sektoral, sektor Pembinaan mencatat pertumbuhan tertinggi dalam produktiviti buruh per jam bekerja, meningkat 18.7 peratus, diikuti oleh sektor Pembuatan (2.4 peratus) dan sektor Perkhidmatan (0.9 peratus).

Sebaliknya, sektor Perlombongan dan pengkuarian serta sektor Pertanian masing-masing mencatatkan penurunan 2.7 peratus dan 1.8 peratus.

Dalam sektor Perkhidmatan, subsektor Pengangkutan dan penyimpanan (7.6 peratus), Hartanah dan perkhidmatan perniagaan (6.1 peratus), serta Kewangan dan insurans (3.2 peratus) menunjukkan pertumbuhan positif. Walau bagaimanapun, subsektor Utiliti (-1.5 peratus), Perdagangan borong dan runcit (-0.5 peratus), serta Makanan & minuman dan penginapan (-0.5 peratus) mencatatkan penurunan.

Bagi sektor pembuatan pula, peningkatan didorong oleh subsektor Produk elektrik, elektronik dan optikal (6.6 peratus), Produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (5.1 peratus), serta Minuman dan produk tembakau (4.3 peratus).

Bagaimanapun, subsektor Peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (-2.6 peratus) serta produk tekstil, pakaian dan kulit (-1.5 peratus) mengalami penyusutan.

Bagi keseluruhan tahun 2024, produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 2.1 peratus kepada RM42.8 setiap jam, manakala produktiviti per pekerja meningkat 2.4 peratus kepada RM99,137 seorang.

“Produktiviti buruh Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk tahun 2025, disokong oleh pasaran buruh yang mampan dan ekonomi yang stabil walaupun berdepan cabaran global,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan