Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 150 orang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, Bentong manakala 28 lagi di PPS Sekolah Kebangsaan Lanchang, Temerloh. Foto fail Bernama

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat manakala di Negeri Sembilan menurun pagi ini.

Di PAHANG, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 150 orang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, Bentong manakala 28 lagi di PPS Sekolah Kebangsaan Lanchang, Temerloh.

Di NEGERI SEMBILAN, mangsa banjir di Jelebu merekodkan 101 orang daripada 27 keluarga berlindung di PPS Dewan D’Sury pagi ini berbanding 110 orang malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kesemua mangsa merupakan penduduk Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru, Taman Bandar Tinggi dan Kampung Sepri, Chennah yang terdiri daripada sembilan individu warga emas, 53 dewasa, 35 kanak-kanak serta empat bayi lelaki.

“Keadaan cuaca pada masa ini baik. Paras air di kawasan sungai berdekatan juga semakin surut. Kerja-kerja pascapembersihan akan dilakukan oleh pasukan Skuad MADANI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba (10), polis (13), Jabatan Kebajikan Masyarakat (lima) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (lapan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan